Tuesday, September 28, 2010

pesanan roh kepada manusia~~


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh"

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku&quot".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu".

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain". Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan".

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu".


Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir".

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah".

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu" Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sumber: Foward E-mail

Sunday, September 26, 2010

sepetang sesama kawan~~


petang semalam (26 sept 2010)
aku ngan bff aku...
anas n mr adi...
lepak2 kat tepi laut selat melaka... (tenangkan jiwa kacau)
selepas kepenatan main bowling 2 frame~~


bila dah lepak...
xde keje...
so aku pon sinsing suar...
trus main air...
dan kuarkan hp aku yg de kamera 5mp ni =P
trus snap pic2 ni...
byk agi sbnrnye view2 yg best...
tp cam segan lak nak snap...
de org jala ikan...
ketam...
mmg sgt sronok petang tu~~!!



mr adi...
kamu sgt pndai berposing!!
x sengaja sy tersnap dis pic...
i like dis pic~~


then...
pas maghrib kat masjid selat uh...
kami ke umah mahani...
and...
de kek tuk anas~~!!!
happy birthday anas~~

semoga persahabatan berkekalan hingga ke akhir hayat~~
dan..
time kasih tuk cik mahani kerana menyediakan makanan tuk kami....
^_^

Saturday, September 25, 2010

pengalaman dan pembelajaran yang berterusan~~

its been so long x update blog nih...
sgt teringin nak update tp bz....
bz wat persediaan tuk konvensyen KIK zon selatan...



akhirnya..kitorg dpt tempat ke-3...
actually...cam x leh trime la..
maybe sbb tahun ni n9 jd tuan rumah..
so, diorg pon bleh dpt johan...
mmg sgt2 down...
then..i learn something from dis...


rezeki...
jodoh...
kematian....
cara kematian....
(lagi satu x ingat) =,="
5 perkara ni telah d tetapkan smenjak kita lum lahir agi...
jadi...aku cube tuk mententeramkan perasaan~~~




pastu g genting...
merehatkan minda dan fikiran...
cuaca sejuk yg sgt BEST!!
kabus!!
ckp de asap kat mulut!!hahaha~~
sume game aku layan...
sampai pning & nyaris muntah~~~




mase otw balik...
kami berbincang soal jodoh dan rezeki...
ayat paling pedas aku dpt...
"kau ni solat je 5 waktu...tp..soal jodoh kau xpercaya!!"
"kan ke 2 rukun iman...percaya pada qada' dan qadar!!"
hurm...
aku terdiam dan terus terpikir~~~~~



thanx guys n princess!!








Tuesday, September 14, 2010

syawal yang hadir~~




huhuhu~~~
syawal dah datang....
adeh....
pasni...xde solat terawih lagi...no exercise lg...no diet lg~~
huhuhu~~
oh lailatulqadar.....
bila kita kan bertemu~~~
cam aku jangke...
badan aku mmg akan naik punye sempena syawal yang mulia ni....
adeh T_T
so..get tready la cik faries...cik anas faizzzuan...
kita akan berperang ngan ngan nafsu & syaitan~~!!
hahahaha~~~




anyway...
syawal ni penuh bermakna...
(walaupon aku g masjid lambat) =,="
tp 2 bermakne aku bangun lambat beb....
biase la...dah balik kampung...
kne la berebut bilik air...
aku kuar2 je bilik air...
sume dah gi masjid....
huhuhu~~~
yang bestnyer....

bile 'bergayut' d tgh2 medan perang... ;P
g kbur bacekan yasin tuk arwah nenek (sgt syahdu)~~ sbb bace sorg2 (kes kne tinggal lg)~~
bagi duit raye kat spupu2 (tanpa sampul)~~~
d soal bertalu-talu~~ (bila nak kawen....??!! =,=" )
tercpai gak hajat nak pkai baju raya tema warne itam...weee~!!!
thanx 2 cik fira 4 ur butang!!! ^_^





SELAMAT HARI RAYA~~
MAAF ZAHIR BATIN~~~
ampunkan salah silap sy pada anda sume~~
halalkan makan minum sy~~~
^_^


Thursday, August 19, 2010

haishh~~!!!


de sorang kawan pmpuan aku ni...
dtg tanye aku sal pakwe die...
aku tau pakwe die mmg baik...
mmg aku kagum la ngan pakwe die ni...
aku knal gak ngan pakwe die...
antara kwn aku gak la...
baik...pndiam...caring gile babi~~
hurmm....


antara persoalannya kwn aku ni....
~aku rase pakwe aku de pmpuan lain la...
~aku jeles tau...
~rmai sgt peminat pmpuan die tu....
~ishh!!!

antara jawapan yg aku leh jwb.....
~ko syg die?
~die syg ko x?
~jeles 2 biase...
~tapi...ko de amik berat kat die?
~ko bleh lawan pminat2 pmpuan die?

die jwb & persoalkan aku balik....
~mst la syg!!!
~ermm...kdg2 aku msg...kdg2 aku biarkan je die...
~aku bz la!!

aku ckp....
~dah syg...
~kne la msg...wlaupon pndek....bz mne pon ko
~call la...tnjuk ko amik berat kat die...
~tunjuk ko lebih2 'minat' die banding ngan peminat die yg lain....
~tunjuk ko 'perlukan' die...

die ckp lak...
~hurmm...
~aku cube...
~tp...camne aku nak tau die syg aku?

aku senyum....
~aku lelaki...
~naluri....
~aku pon penah jd cam pakwe ko...
~TRUST ME!!!

die snyum sambil & mata berair....
~time kasih....
~aku cube beb~~~

so...aku rase aku dah jumpe jwpan yg lagi tepat tuk die...
=D

cinta perlukan pengorbanan!
cinta perlukan persefahaman.
cinta perlukan kesabaran.
cinta perlukan kerinduan.
cinta perlukan kecemburuan.
cinta perlukan ketoleransian.
cinta perlukan ketolakansuran!
cinta perlukan keserasian!
cinta perlukan penghormatan.
cinta perlukan kehangatan.
dan banyak lagi yang cinta perlukan.... (korang sendiri boleh tambah senaraikan)

dan, ada juga yang cinta tak perlukan....

cinta tak perlukan keegoan.
cinta tak perlukan kecurangan.
cinta tak perlukan hipokrit.
cinta tak perlukan kedinginan.
cinta tak perlukan pelajaran.
cinta tak perlukan mata....

kerana cinta itu buta!

PEACE~~!!

Tuesday, August 17, 2010

aku...kasyah...fahri....2



sblum ni aku cite pasal kasyah....
memang x d sangkal la...
rmai yang nak jd cam kasyah...
ensem....bergaya....
mane x nye...gaji loaded...
pkaian branded jek...
berlainan dgn fahri ni......

FAHRI
seorg pelajar bijak pandai dr Universiti Al-Azhar, Mesir (cita-cita aku mase kcik dulu)...
tp...miskin...dari indonesia....
aku kagum ngan kerajinan dia...
ingatan dia yg kuat...menghafaz al-quran...hadis....
dan pd pndangan aku...fahri ni pon ensem gak...
fahri pandai merancang jadual hidup dia....
memang teratur hidup dia...ketua dlm umah sewa...
dpt jd pelajar tok guru terkenal...
mase ni sorg penganut kristian orthodox, Maria dah mula mencintai dia...
tp...jodoh fahri dah d tetapkan tuk Aishah, gadis jerman-turki yg kaya raya....
kawin free...sume free...fahri cuma perlu belajar je....fuhh~~
dalam mse yg sama...Nurul, kwn fahri ni pon cintai fahri diam2....
sedang fahri ngan aishah enak melayari bahtera perkahwinan...
tiba2 fahri di penjarakan...
azabnya....ya Allah...aku pon terasa beb...
sebabnya????
die di tuduh merogol Noura...gadis yg pernah fahri & maria selamatkan 1 mase dulu...
dlm mse sume org perlukan maria sbg saksi...
maria dah jatuh sakit....sakit cinta kata doktor...
maria sgt terseksa bila dia dpt tau fahri dah kahwin...
berkat pertolongan sume pihak...
fahri dpt bebas kejap...tuk memulihkan maria...
tuk memulihkan maria...fahri terpaksa bernikah ngan maria...
atas kerelaan aishah...fahri & maria pon bernikah....
dan maria dpt sedar..tp..kejap...tuk jd saksi d mahkamah....
lepas sumenye selesai...fahri di bebaskan...
maria pon mnghembuskan nafas terakhir....

fuhh~~~
korang tgk...orang kalau dah baik...
sume orang syg... ^_^
aku pernah sembang ngan sorg kawan...
"i wish i can be like kasyah AND fahri~~!!"
she said....
"no need~~!!JUZ BE URSELF... LOVE URSELF...."
"IMPROVE WHATEVER KEKURANGAN DLM DIRI"
"BECOME A GOOD GOOD AND GOOOOODD KHALIFAH~~!!"
then...im juz realize....
love myself~~!!!
yeah~~!!!!
LOVE URSELF MOHD FARIES LATIF~~!!


=D

Sunday, August 15, 2010

aku...kasyah...fahri....


sape kasyah?
sape fahri?
well....
kasyah khairudin hero lagenda budak setan (LBS) ....
fahri abdillah hero ayat-ayat cinta (AAC) ....
pe kaitan diorang ngan aku??
lepas aku bace ketiga-tiga novel LBS ngan AAC...
aku sangat tertarik ngan watak diorg ni...
ye aku tau mustahil aku nak jadi cam diorg...
tp...
sedikit sebanyak....
aku cuba amik pe yang positif dari watak diorg...
dan aku cuba olah dan sebatikan dalam diri aku.. =D

KASYAH
kasyah ni boleh diibaratkan sebagai romeo melayu la....
aku memang suka cara ahadiat akashah mewujudkan watak kasyah ni...
seorg yang nakal mase sekolah...tp..cerdik dan aktif...
kurang kasih sayang menyebakan die jd nakal...
smpai la kehadiran watak AYU...
seluruh kehidupan kasyah ni berubah...
dari seorg ketua kelab anti perempuan...
terus jadi seorg yang romantik...(bukan jiwang ok?)
setianya kasyah pada cintanya membuatkan aku kagum...
walaupon ayu dah berkahwin dan bercerai...
walaupon ayu dah bertukar wajah menjadi amelia...
walaupon ayu amnesia (ilang ingatan akibat tekanan)...
walaupon dengan kehadiran KATERINA @ KATE...
walaupon kate dah mencintai kasyah...
dan kasyah mencintai kate...
namun...
cinta kasyah tetap utuh untuk ayu...
dan...ditakdirkan ayu & kasyah berkahwin gak...
tapi..ayu meninggal mase melahirkan ATHIRAH~~
hurmm...mase ni kawan aku dah menyedarkan aku...
x guna kalo aku ni nak mencintai orang cam ayu...
sebabnya....ayu dah menjanda...
ayu dah berubah wajah (walaupon makin cantik)
ayu dah amnesia...
baru la aku dpt kahwini ayu...
tp...
cari la orang cam kate....
tetap setia ngan romeo die....
setia ngan kasyah....
walaupon kasyah dah kahwin ngan ayu...
dan menduda....
tp...kate tetap ngan cinta pada kasyah....
hurmm...

~CINTAILAH ORANG YANG MENCINTAI KITA~

ni pengajaran yang aku dpt....
walaupon bermacam dugaan dan ujian....
kasyah tetap ngan cinta dia pada kate....
betapa agungnya cinta kasyah ni....

^_^


~to be continue